~ FrenZ ~

Tuesday, December 18, 2012

~Sukan oh Sukan~

Assalamualaikum sume. ari ni sj je aku nak share pic yg aku g main sukan kt UKM bulan lps. huhu.. lmbt sket aku update blog neh. maklum r, tak berkesempatan katakan. byk keje dan byk benda lain yg kena wat. hahaha.. ni pic aku and da geng tyme sukan. take a look and give ur comments ek. huhu.. spjg 4 ari kat sana mmg penat r. terkejar sana, terkejar sini. tp akhirnya berbaloi bb kontigen dari Negeri Kelantan dapat naib jihan keseluruhan. kira terer la kan klate. kakakakaka








p/s: bersukanlah klu anda nak sakit badan. kakakakakaka :p
 

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, December 4, 2012

Takdir Cinta

 
Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta
Ketulusan hati yang mengalir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh pada sumur dosa
Yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa lebih adil
Pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan tuntunlah hatiku
 
p/ s : Jum layan lagu ni. huhu.. cam best je aku dengar. huhu

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, September 3, 2012

~ Dari pembedahan ke tandas ~

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .?
(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? :(
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D ?



p/s : Jangan cepat gabra. kahkahkahkah ;)
 

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Apa iTu KaWaN ~

~ Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak.
~ Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak.
~ Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang.
~ Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang.
~ Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai.
~ Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul.
~ Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru.
~ Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde.
~ Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari.
~ Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis status, awak akan baca dengan teliti sampai habis


p/s : i'm just copy paste it from my fren amir fansuri. credit for him :)
 

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, August 28, 2012

~ Kalau CiNTa ~

Kalau bercinta,
jangan berkepit macam belangkas,
hantar surat berbelas-belas,
SMS berbalas-balas,
masa dating sebelah tandas,
berpeluk-peluk dalam bas,
asyik menjeling dalam kelas,
minum air perghh kongsi segelas.

Bila ada konflik...<--- haa mula la nak frust,
nak tunai solat pun malas,
tak dapat tumpu study dalam kelas,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas,
takut exam tak pass,
tup tup awek sendiri kena kebas,
kesian.. melepas..

So, jadilah couple yang ada class,
berdating ikut lunas,
bergaul ada batas,
jaga maruah dengan tegas,
syariah dijaga dengan jelas,
tutur kata sentiasa beralas,
kalaulah cinta yang dihulur ikphlas,
janganlah bimbang,
cintamu pasti berbalas
 p/s: bercinta biar sepenuh hati, tapi pastikan berhati-hati :)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, August 14, 2012

~ Jom Berbuka ~

Assalamualaikum. ari ni sj je aku nak share gambar aku g berbuka puasa. kebetulan ada jemputan berbuka puasa, jadi aku dengan kawan2 apa lagi, rembat r. hahaha. klu korg nak tau, makanan dihidangkan untuk 8 orang, tapi yang best nya meja aku ada 4 orang je.. apa lagi, ktorg memang makan betul2 r. yang menariknya, semua makanan abis.. hahaha.. memang sume kaki makan. kahkahkah :)
 
 
Nyam2, tggu masa je neh nak mkn

Sempat g snap pic. haha

  Dengan member pejabat

 Tunggu masa nak ngap. haha

p/s: klu ada bbuka kat mana2, jgn lupa ajak aku eh. kompom xmengecewakan korg. hahaha


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Friday, August 10, 2012

~ Maaf ~

Aku yakin, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk meminta maaf. Tak kiralah minta maaf kepada kekasih, kawan, suami/isteri, ibu-bapa, adik-beradik, atau sesiapa sajalah... Mungkin cara yang paling mudah untuk meminta maaf adalah dengan hanya menghantar SMS. Kalau nak cara yang lebih 'gentle' sikit, adalah dengan bersemuka 'face to face' dan cakap 'direct' saja nak minta maaf. Tapi kalau nak minta maaf dan mengakui kesalahan dengan cara 'direct' nih, tentu kita akan rasa malukan? Tapi satu je yang kita perlu tahu, tidak rugi untuk kita meminta maaf dan memaafkan. Jadi aku nak share satu lagu dgn korg semua. lagu berkenaan maaf nyanyian Radja. Lagu ni merupakan salah satu lagu yang aku suka dengar :)



Bila aku salah tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat kau menangis
Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang, walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku
Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa tuk berpisah

p/s: jgn malu untuk meminta maaf di atas kesalahan yg kita lakukan :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, August 9, 2012

~ Aku SuKa DiA ~

Aku suka sgt2 dengar lagu ni sbb ada ssorg hadiahkan lagu ni utk aku. huhu. korg lak camne ek? suka x lagu ni? dgr cite dia student Unimap kan? suara ok, penampilan ok, pitching blh tahan, gaya persembahan pun ok. hahaha. da mcm juri lak aku ni. kahkahkah.. klu korg suka lagu ni, korg leh share ek ;)

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

p/s : Kalau korg suka dia, kena gtau sambil nyanyi lagu ni ek. huhu :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Kejadian Lawak Tyme Pose ~

Pernah terjadi x situasi seperti ini kt korg semasa berpuasa. hahaha.. lain kali sabar taw, jgn gelojoh2 kan xpasal2 jadi cam org dlm gambar ni. baru tau. haha.. da sehari bpuasa, nak tahan seminit pun xleh. apalah nasib. jangan jadi camtu taw. wat malu jerkk nnti. hahaha.
 
p/s: puasa mengajar utk bersabar, jd sabar2 kan diri anda ek :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, August 7, 2012

~ Adakah Mata Kita Tersilap ~

Assalamualaikum. ari ni rasa nak kongsi benda lain dari yang lain r. ari ni nak cite sal mata. cuba korg lihat betul2 gambar di bawah dan teliti betul2 apa yg berlaku. yg penting fokus. huhu. pastu komen ek. adakah mata kita tersilap melihat @ sebaliknya.

Perhatikan bulatan betul2 ek

Cuba kira brape sebenanya kayu kat atas neh

p/s: Kadang-kadang mata yang melihat tidak semestinya benar. renung2kan


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, July 29, 2012

~ Sarawak Tripzz ~

Assalamualaikum.. Ari ni saje je aku nak share pic aku yg aku g Sarawak minggu lepas. Dulu aku belajar kat UNIMAS, Sarawak stat tahun 2003 hinggalah 2007. Kira sirih pulang ke gagang r ni. Huhu.  Dah hampir 6 tahun aku tak gi Sarawak, terlalu banyak yang berubah. Sarawak makin membangun, banyak bangunan2 baru, jalan makin besar dan dah makin bertambah flyover. Huhu.. Congratz to Sarawak. Hope kawan2 semua sudi2 kan lah komen gambar aku ek J


p/s : Kamek suka sarawak (^_^)



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, July 23, 2012

~ Beza Nilainya Rm 1 Dan Rm 100 ~

Assalamualaikum. ari ni aku nak share sebuah cerita dgn korg sume. harap korg sudi2 kan lah membaca ek, sbb xcite nya pun xpanjang sgt. hahaha. citenya ari ni ttg duit Rm 1 dan Rm 100. bunyi cam ntah apa2 kan, tp korg baca r dulu cite dierr. huhu.. slmt membaca :)

Rm 1 dan Rm100, kedua-duanya diperbuat dari kertas, sama-sama dicetak, diedarkan oleh BNM. Mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar kpd masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!


p/s : Jangan sombong bila kita di atas dan jangan berasa kita lemah bila kita di bawah


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, July 22, 2012

~ Fadhilat Berterawih ~

Assalamualaikum kwn2. Lama x update blog. xberkesempatan r kwn2. huk3.. xpe2. ari just nak share, fadhilat berterawih. sama2 lah kita berlumba2 mendapatkan pahala di bulan yang berkat ini. amin :)

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’"

~ Bulan ramadhan, bulan yang penuh rahmat ~

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, June 13, 2012

~ Jangan menghalakan yang haram ~

Assalamualaikum my fellow frenz. Lama x singgah blog aku neh. Kebizian melanda diri. haha. Tadi aku ada terbaca satu artikel dan aku rasa, x salah untuk aku berkongsi artikel ni sebab ia melibatkan kehidupan seharian kita. korang setuju x dgn aku pada zaman sekarang ni, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi? Dalam masyarakat kita sekarang ni, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air. sebenarnya kita harus menjaga batas-batas ini dan oleh itu, aku terpanggil untuk berkongsi hal ini dengan kawan2 semua dan diharap anda semua menyebarkan untuk kebaikan kita sesama Islam.


p/s : Lepas ni, sume da tau kan yg mana hala yg mana haram bersalaman :)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, May 13, 2012

~ Tok Aman Bali Beach Resort ~

Assalamualaikum.. hari ni aku rasa nak share pic yg aku g kat Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan. Untuk pengetahuan korang, Resort ni bersempadanan antara Negeri Kelantan dan Terengganu. Perjalanan kira-kira sejam dari bandar Kota Bharu dan lebih kurang 10 minit je dari bandar Besut, Terengganu. Tempatnya sangat cantik dan xrugi sekiranya korg g sana. trust me :)

Entrance Tok Aman Bali Beach Resort :)

Kolam yang besar

Posing abis. hahaha

Mandi tyme :)


Tempat yg menarik. next tyme aku pasti akan g lagi ke sana :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, May 7, 2012

~ Sapelah follower ke 100 neh ~

Assalamualaikum.. hari ni da 99 org yg follow aku. sapelah yg bertuah yg akan jd follower yg ke-100 neh. huhu. apa2 pun, aku nak ucapkan terima kasih, arigato, thank you & trimas kat semua yg terus bagi sokongan dgn mengunjungi dan memberi komen di blog aku yg tak seberapa ni. ahaksss..  diharap perhubungan di dalam blog ini berkekalan dan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dan ukhwah sesama kita. berkawan biar beribu ribu lemon dan kawan2 jugak lah yg mencorak hidup kita semalam, hari ini dan esok. Jadi, ari ni aku nak shared dgn korang kata-kata semangat dan prisip hidup aku. klu korang nak jadikan prinsip korg pun xpe gak. bkongsi, dpt pahala. yg penting dari hati yg ikhlas :)

PRiNsiP AkU
Kenangan semalam banyak mengajar kita tentang hari ini & esok,
Sekiranya kenangan semalam menyaksikan kita tersungkur,
hari ini bangunlah semula & belajarlah bertatih, berjalan & berlari,
dan berlarilah sepantas pantasnya,
tetapi jangan lupa untuk menoleh ke belakang seketika,
kerana ada tangan yang terhulur menanti kita memimpinnya.


Buat kawan2, cepat2 lah jadi follower yang ke 100 (xde kaitang langsung dgn cite di atas) hahaha

p/s : bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, May 2, 2012

~ I'm BacK ~

Assalamualaikum sume. ari ni aku kembali berblogging selepas asyik travel je. Terengganu - N9 - Penang - Kelantan. kepada yang slalu visit my blog ni, aku ucapkan byk2 terima kasih dan aku akan balas balik kunjungan korg sume. thanks a lot ek :) Ari ni aku nak share sumthing. Korg pernah x g Port Dickson? aritu aku menginap kt Selesa Beach Resort. sesuai dengan namanya. hotel ni memang selesa, berhadapan pantai yang pasirnya memutih dan yang paling penting, kolamnya besar amat. haha. apa lagi, mandi kolam je la keje aku, sambil2 mencuci mata. ngeh2 (ntah apa2.) hahaha. jadi aku syorkan kat korg sume, klu nak bercuti boleh la pilih untuk menginap kt hotel ni. harga pun berpatutan. tapi klu nak aku blanje, sori r.. ahakss :p Tapi klu rasa nak teman g bercuti, jangan lupa ajak aku skali ek :)


Front view Selesa Beach Resort, Port Dickson

Bilik yang selesa

Paling penting, kolam yang besar. haha

Cuti cuti Malaysia :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, April 23, 2012

~ Esok travel yang memenatkan ~

Selamat petang semua.. korg tengah wat pe ek ptg2 ni? tido, mkn goreng pisang, tgk tv? mesti setiap orang ada aktiviti masing2 kan. sebut pasal aktiviti ni, esok aku ada aktiviti "travelling". huhu. esok pagi, tepat jam 7 pagi, aku akan start kete dan terus memandu ke Negeri Sembilan. jauh wooo Kelantan  N9. mahunya 10 ke 12 jam driving. sampai mesti penat abis. destinasi yang nak ditujui adalah Selesa Beach Resort, Port Dickson. Kat mana ntah nak cari tempat ni esok. tp nasib baik my car ada GPS (Guna Pun Sesat) hahaha, leh r set kan location hotel tu. bila kerja camni r, kena slalu outstation. apa2 pun, doakan sy selamat pergi dan selamat balik ek. amin :)

p/s: jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari orang. lalala :p


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Jangan sampai otak rosak ~

Assalamualaikum kengkawan. pagi td aku terbaca artikel ni kat suatu web. tp da tak ingat da web apa ntah. haha. jadi aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua. citenya pasal otak. bunyi macam "weird" kan, tp otaklah organ paling utama dalam badan kita. organ ke?? hahaha. ntah la, aku pun xtau. klu nak tau, kena tanya doktor la ek. hahaha. So, apa lagi. cuba lihat dalam2 pic kat bawah ni, dan seboleh bolehnya, elakkan diri dari perkara yang boleh merosakkan kita. renung renungkan dan selamat beramal. kih3 :p


p/s: be positive, work positive and think positive :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, April 19, 2012

~ Nak cite pun malas ~

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas". hahaha :p


p/s: orang yang malas slalu rugi. jgn malazzzz taw :)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, April 18, 2012

~ Aku perlukan oksigen ~

Assalamualaikum blogger2 sekalian. rasa nya agak lama gak aku x update blog, wpun baru 3 ari. sori ek sbb jarang berblog skg. aku terpaksa attend 2-3 kursus lak dalam masa terdekat. semalam aku baru balik dari terengganu. minggu depan lak kena travel ke port dickson, negeri sembilan. next 2 week lak skali lg ke terengganu, then pertengahan bulan 5, aku kena g sarawak lak. agak padat jadual. fuhhhhh.. memenatkan. memang tak dinafikan, best travel sana sini, tp kadang2 kita perlukan rest gak. betul x? klu badan x cukup rehat, camne nak wat keje kan. aku perlukan oksigen. hahaha. so, i have to do sumthing to make my body keep fit. do u have any ideas 4 me? tp jgn bg idea makan ek.. takut nnti aku makan byk lak. hahaha :p

p/s : jauh perjalanan, luas pemandangan :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, April 15, 2012

~ Lompat jangan tak lompat ~

Assalamualaikum. hii semua. apa kabar? adakah korg sume gembira ari ni? atau korg sebenarnya dalam keletihan? tak kira sama ada korg gembira atau pun letih, yang penting hidup kita kena heppi. untuk menjadikan hepi korg lebih happening, apa kata korg sume melompat dgn cara2 di bawah. haha. lompat betul2, jgn lompat sampai jatuh katil lak. pilihlah lompatan yang paling sesuai dengan gaya anda. hahaha.. ntah apa la aku merepek ptg2 ni. lalalala :p


p/s : Lompatan padu maut (cite suria berkasa hitam di zaman dahulu kala) haha :p




~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, April 10, 2012

~ Esok diwartakan cuti okai ~

Assalamualaikum.. korg sume tau x yg esok kita cuti? alhamdullilah :) bagi korg yg belum tau esok cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang Ke-14, kat sini aku nak share warta yg mengesahkan esok cuti. jadi, esok leh la korg sume wat aktiviti sendirian berhad ek. huhu. Daulat Tuanku, patik gembira esok cuti. yeayyyy :)



p/s : Selamat bercuti untuk semua :)



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, April 9, 2012

~ SuPerB Ombak Rindu ABPBH 2011 ~

Hii frenzz. semalam mesti korg semua melekat kat tv menonton ABPBH 2011 kan. sume mesti x berganjak kan. maklumlah, semua artis popular berkumpul. aku sebenarnya tak tengok pun ABPBH semalam sebab ada game futsal. tapi nak dijadikan cerita, tempat aku main futsal ni ada disediakan skrin besar. so,  tengah2 aku duk main futsal, tiba2 kuar psl lakonan semula ombak rindu ni dalam ABPBH. apa lagi, terus kita org sume stop main futsal. rupa2 nya, sume team aku ni "mat jiwang". haha. kelakar tul r. jadi, aku pun tumpang skali r tgk thriller tu sbb aku pernah tgk cite ombak rindu ni. Jadi tergendalalah game kitaorg selama 10 minit. abis je thriller ombak rindu tu, kawan2 aku sume saling berpandangan, then salah sorg kawan aku cakap "Apa daa.. sume muka brutal, tp bila tgk ombak rindu, sume layanzz. haha". pastu, sume tergelak. haha.. tp actually, cite ni mmg best pun. so, kat sini aku nak share dgn korg sume psl thriller ombak rindu ABPBH semalam dan yang mana xsempat menonton semalam, leh enjoy ek. selamat menonton. huhu..



p/s : Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, April 5, 2012

~ ProTon PreVe ala HoNda CiTy ~

Assalamualaikum.. hii blogger sekalian. anda adalah org yang paling bertuah kerana hari ni aku nak share dgn korg sume berkenaan baby baru proton yg dinamakan ProToN PreVe. Uuik namanya. tapi aku xtau la apa makna preve tu. hahaha.. anyway, kat sini aku nak share beberapa gambar menarik proton PreVe ni.. pada pandangan peribadi aku yang tidak seberapa ini, kereta ni amat menarik sebab reka bentuknya ala-ala HoNda CiTy dan semestinya bakal menjadi kegilaan para remaja kerana reka bentuknya yang berinovasi. untuk menjadikannya lebih "interesting", apa kata korg sendiri yang menilainya. take a look and don't be shy to leave a comment :)

 



p/s : belilah barang buatan Malaysia :)





~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, April 4, 2012

~ Papa, jangan merokok depan kami ~

Assalamualaikum.. Hari ni aku rasa nak share pasal merokok (maafla klu ada yg terasa) huhu. Aku bkn kauselor, bkn pakar motivasi dan bkn penceramah. Tp aku rasa menjadi tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi ni utk berkongsi berkenaan hal ini. Walaupun dah banyak kali keluar iklan kat TV, tp still ramai yg masih merokok. Bukan apa, merokok mmg merugikan dan mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Klu utk diri sndiri je, xpe.. tp yg lain pun kena gak tempias nya mcm kawan2, isteri, kanak-kanak dan yang paling malang skali bayi. Klu korg nak tau, seorang ibu yang hamil merokok menyebabkan janin di dalam kandungan hanya menerima 75% sahaja kandungan udara dan mengakibatkan perkembangan terbantut dan kebanyakan ibu-ibu yang merokok mempunyai bayi yang lebih kecil dari yg normal. Kesiankan bayi yang tak bersalah. So, dinasihatkan kurangkanlah merokok, dan seboleh-bolehnya berhentilah merokok. Klu anda tak fikirkan kesan pada diri sendiri, sekurang-kurangnya fikirlah untuk masa depan isteri, anak2 dan bayi anda. Apa kata daripada merokok, lebih baik buat perkara2 berikut. sharing is caring (^_^)

Mengapa anda rasa mahu
menghisap rokok?
Mengapa tidak anda...
Gementar
Bersantai
Susah menumpukan perhatian
Bertukar-tukar aktiviti
Sembelit
Makan buah-buahan
Merungut
Tarik nafas panjang
Letih
Dapatkan tidur yang cukup
Mulut kering
Minum air berais
Batuk
Mandi air pancuran hangat
Pening
Dapatkan udara segar
Susah tidur
Berendam di dalam air yang hangat
Tegang
Bersenam
Sedang menelefon
Menconteng-conteng atas sehelai kertas
Memandu
Menyanyi!
Lapar
Minum air
Bosan
Terus aktif
Tiada tenaga
Rehat
Murung
Baca buku atau majalah

p/s : Haram sekiranya benda yang dilakukan memudaratkan anugerah kesihatan yang dikurniakan oleh Allah swt :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~