~ FrenZ ~

Thursday, January 26, 2012

~ Barcelona benam Real Madrid ~

Barcelona menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid pada saingan Piala Sepanyol menerusi kemenangan agregat 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada suku akhir kedua, di Nou Camp, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah seakan selesa pada separuh masa pertama menerusi jaringan Pedro pada minit ke-42 manakala Dani Alves pada minit ke-45. Namun Real Madrid bangkit menerusi jaringan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema pada minit ke 68 dan minit ke-72 untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2. Bagaimanapun, Barca mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-3 selepas menang 2-1 pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.




Gol dan highlight suku akhir ke dua Copa Del Rey Real Madrid vs Barcelona [25.01.2012]

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ The Fortress ~

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bercadang untuk membina stadium sendiri yang diberi nama Stadium Sultan Muhammad V atau "The Fortress" yang bermaksud kubu The Red Warriors. Stadium berkapasiti 40,000 orang penonton ini merupakan stadium pertama di Malaysia yang membolehkan penonton menyaksikan perlawanan bola sepak pada jarak dua meter dari padang. Yang semestinya, stadium ini bukan sahaja akan menjadi kebanggaan para peminat bola di Kelantan malahan penggemar sukan bola sepak di Malaysia juga.



Lakaran ilustrasi "The Fortress" (Kubu) Red Warriors yang berkapasiti 40,000 orang penonton.


Gambaran pintu masuk utama "The Fortress"



Bird eye view yang menunjukkan lakaran dalaman dan luaran "The Fortress"



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, January 25, 2012

~ Sebuah Pertemuan ~

-Surah Al-Baqarah, ayat 216-

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.




Sebuah Pertemuan (UNIC)
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Inspirasi Hati ~


Assalamualaikum,
Alangkah indahnya jika kita mendengar lagu-lagu nasyid yang menenangkan hati berbanding kita melayan lagu-lagu yang membingitkan kepala. Sekali sekala akan menimbulkan keinsafan pada diri kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Amin =)



Inspirasi Hati (DeHearty)

Kasih kaulah inspirasiku
Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, January 22, 2012

~ Kenari tumbang di Darul Aman ~


Tarian Mat Yo bersama Antwi meraikan gol kedua Kelantan




Video Kelantan mengatasi Kedah 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2011 [20.01.2012]


Dalam perlawanan ke-4 liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah menyaksikan pasukan tuan rumah ditundukkan oleh Kelantan dengan jaringan 3-0. Di awal permainan dapat dilihat kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gelecekan bijak Mat Yo ke dalam kotak penalti memaksa pertahanan Kedah, Fauzi Nan menjatuhkan lawan. Sepakan penalti telah diambil dengan tenang oleh Mohamad Ghaddar yang merupakan gol kedua peribadi beliau dalam saingan Liga Super 2012.

Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pasukan Kedah dan kemasukan Antwi yang menggantikan Ghaddar jelas mengucar kacirkan barisan pertahanan Kedah. Hasil dari memperdaya 3 orang pertahanan Kedah, Antwi melorongkan bola kepada Mat Yo dan disempurnakan dengan baik sekali untuk gol kedua Kelantan. Ketika masa berbaki 1 minit, kesilapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza yang cuba menggelecek Antwi membawa padah apabila bola di kaki Helmi Eliza dapat dirampas oleh Antwi dan disudahi dengan satu tolakan mudah ke dalam gol.

Keputusan muktamad Kelantan menewaskan Kedah dengan 3-0 dan diharap dengan keputusan ini para pemain Kelantan terus bersemangat untuk terus memburu kemenangan demi kemenangan.


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, January 18, 2012

~ Final Result : Kelantan 2 Johor FC 1 ~


Kesebelasan utama pemain kelantan



Kesebelasan utama pemain Johor FC



Pemain-pemain kelantan meraikan jaringan kemenangan yang disumbangkan oleh Mat Yo

Penyerang terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha meranapkan impian Johor FC untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila jaringan pada minit ke-72 memberikan kemenangan 2-1 kepada Kelantan. Terlebih dahulu, Indra Putra Mahayuddin meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-55 sebelum disamakan oleh Mohd. Khairul Ismail pada minit ke-63. Kemenangan ini melonjakkan pasukan yang diberi jolokon The Red Warriors ke tangga kedua liga dibelakang pasukan T-Team dengan jumlah mata yang sama. Pertembungan seterusnya bagi Kelantan adalah menentang KEDAH pada 20 Januari 2012 (Jumaat) yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran ASTRO ARENA saluran 801. Sama-sama nantikan pertembungan raja Pantai Timur menentang raja Utara.





~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, January 17, 2012

“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi”

Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah  jaminan segalanya akan lancar..

Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

Kedengaran  indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

 BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain?  Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!  Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka   yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.
(HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~