~ FrenZ ~

Saturday, November 27, 2010

~ Istimewa Kangar ~



27/11/2010, Kangar - Tepat jam 10.00 pagi, aku bertolak dari Kangar, Perlis untuk pulang ke Kota Bharu.. Selama 3 hari aku bermusafir disini, tidak dinafikan bahawa rakyat perlis sememangnya peramah dan baik hati.. Aku rasakan yang seolah-olah aku telah lama mengenali mereka. Buat pertama kali aku menjadi mudah mesra bersama kalian.. telatah kalian banyak mencuit hati aku hinggakan hati ini berat untuk mengangkat kaki dan aku berasa seperti berada di kayangan sesuai dengan namanya, Perlis Indera Kayangan.. Perjalanan aku untuk pulang ke Kota Bharu mengambil masa selama lebih kurang 8-9 jam. Memasuki fasa pertengahan perjalanan, hujan mula membasahi bumi bermula dari permulaan banjaran Titiwangsa hinggalah ke Kota Bharu. Suasana di banjaran Titiwangsa amat unik dan tidak seperti perjalanan terdahulu. Diselaputi kabus yang tebal dan menghadkan sudut penglihatan. Di atas sikap berhati-hati itulah, maka akhirnya aku sampai ke Kota Bharu pada jam 7.30 malam dalam keadaan yang amat memenatkan. Duhai Perlis Indera Kayangan, pastinya aku akan sentiasa mengingati mu dan pastinya akua kan bertemu kalian sekali lagi. InsyaAllah

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

2 comments:

  1. hehehe...ayat bukan calang2...tue baru p perlis, belum lagi p sabah...hehehhee...:P

    ReplyDelete
  2. hehe.. sponsor sy tiket r utk g sabah. huhu

    ReplyDelete