Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti. Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu?
Si isteri : Selain untuk mengenali
abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak
sukai dan begitulah sebaliknya.
Si suami : Emmm… Baiklah.
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan
dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni. Untuk malam ni
saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka
berpisah bilik tidur, si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di
bilik tidur. Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan
masing-masing. Keesokan paginya, semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri
telah mengeluarkan hasil catatan semalama. 3 helai kertas semuanya. Penuh ketiga-tiga
muka surat tersebut. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruk sikapnya
selama ini terhadap isterinya. Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam
ada hati yang terluka.
Si isteri : Abang, sebelum ayang
bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan
abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku.
Bacalah.
Si isteri pun membaca satu persatu
tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca
sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati, si isteri
tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang
pula.
Si isteri berdebar-debar menunggu si
suami mengeluarkan kertas-kertasnya.
Si suami : Sayang, abang minta maaf
banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini. Sesungguhnya
sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan
qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa.
Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang
minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak
sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang, tapi jika abang tidak mampu,
MAAFKAN ABANG. Si isteri tidak terkata apa-apa. Yang ada cuma penyesalan yang
sarat penuh di dada. Si isteri menangis di sisi suaminya, memohon keampunan.
P/S : Terimalah pasangan anda seadanya
kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan kta semua saling melengkapi
antara satu sama lain (^_^)
No comments:
Post a Comment