~ Kenapa doa tidak diterima Allah ~
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah
ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa
doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati)
disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan
hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal
dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur
kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak
menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari
daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak
bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala
keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi
kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu
tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai
hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat
keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan
setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~
No comments:
Post a Comment