Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “eee
perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika
umur 10 tahun. Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni.
jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil
rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. Bila jumpa pesakit mental, orang akan
kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera
oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. Bila jumpa lelaki muka
hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam
usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. Bila jumpa status ni, orang akan
baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau
COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri
kita sendiri.
p/s : kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian. jaga minda, jaga
kata² dan jaga tindakan.. :)













