~ FrenZ ~

Monday, April 23, 2012

~ Esok travel yang memenatkan ~

Selamat petang semua.. korg tengah wat pe ek ptg2 ni? tido, mkn goreng pisang, tgk tv? mesti setiap orang ada aktiviti masing2 kan. sebut pasal aktiviti ni, esok aku ada aktiviti "travelling". huhu. esok pagi, tepat jam 7 pagi, aku akan start kete dan terus memandu ke Negeri Sembilan. jauh wooo Kelantan  N9. mahunya 10 ke 12 jam driving. sampai mesti penat abis. destinasi yang nak ditujui adalah Selesa Beach Resort, Port Dickson. Kat mana ntah nak cari tempat ni esok. tp nasib baik my car ada GPS (Guna Pun Sesat) hahaha, leh r set kan location hotel tu. bila kerja camni r, kena slalu outstation. apa2 pun, doakan sy selamat pergi dan selamat balik ek. amin :)

p/s: jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari orang. lalala :p


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Jangan sampai otak rosak ~

Assalamualaikum kengkawan. pagi td aku terbaca artikel ni kat suatu web. tp da tak ingat da web apa ntah. haha. jadi aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua. citenya pasal otak. bunyi macam "weird" kan, tp otaklah organ paling utama dalam badan kita. organ ke?? hahaha. ntah la, aku pun xtau. klu nak tau, kena tanya doktor la ek. hahaha. So, apa lagi. cuba lihat dalam2 pic kat bawah ni, dan seboleh bolehnya, elakkan diri dari perkara yang boleh merosakkan kita. renung renungkan dan selamat beramal. kih3 :p


p/s: be positive, work positive and think positive :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, April 19, 2012

~ Nak cite pun malas ~

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas". hahaha :p


p/s: orang yang malas slalu rugi. jgn malazzzz taw :)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, April 18, 2012

~ Aku perlukan oksigen ~

Assalamualaikum blogger2 sekalian. rasa nya agak lama gak aku x update blog, wpun baru 3 ari. sori ek sbb jarang berblog skg. aku terpaksa attend 2-3 kursus lak dalam masa terdekat. semalam aku baru balik dari terengganu. minggu depan lak kena travel ke port dickson, negeri sembilan. next 2 week lak skali lg ke terengganu, then pertengahan bulan 5, aku kena g sarawak lak. agak padat jadual. fuhhhhh.. memenatkan. memang tak dinafikan, best travel sana sini, tp kadang2 kita perlukan rest gak. betul x? klu badan x cukup rehat, camne nak wat keje kan. aku perlukan oksigen. hahaha. so, i have to do sumthing to make my body keep fit. do u have any ideas 4 me? tp jgn bg idea makan ek.. takut nnti aku makan byk lak. hahaha :p

p/s : jauh perjalanan, luas pemandangan :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, April 15, 2012

~ Lompat jangan tak lompat ~

Assalamualaikum. hii semua. apa kabar? adakah korg sume gembira ari ni? atau korg sebenarnya dalam keletihan? tak kira sama ada korg gembira atau pun letih, yang penting hidup kita kena heppi. untuk menjadikan hepi korg lebih happening, apa kata korg sume melompat dgn cara2 di bawah. haha. lompat betul2, jgn lompat sampai jatuh katil lak. pilihlah lompatan yang paling sesuai dengan gaya anda. hahaha.. ntah apa la aku merepek ptg2 ni. lalalala :p


p/s : Lompatan padu maut (cite suria berkasa hitam di zaman dahulu kala) haha :p




~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Tuesday, April 10, 2012

~ Esok diwartakan cuti okai ~

Assalamualaikum.. korg sume tau x yg esok kita cuti? alhamdullilah :) bagi korg yg belum tau esok cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang Ke-14, kat sini aku nak share warta yg mengesahkan esok cuti. jadi, esok leh la korg sume wat aktiviti sendirian berhad ek. huhu. Daulat Tuanku, patik gembira esok cuti. yeayyyy :)



p/s : Selamat bercuti untuk semua :)



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, April 9, 2012

~ SuPerB Ombak Rindu ABPBH 2011 ~

Hii frenzz. semalam mesti korg semua melekat kat tv menonton ABPBH 2011 kan. sume mesti x berganjak kan. maklumlah, semua artis popular berkumpul. aku sebenarnya tak tengok pun ABPBH semalam sebab ada game futsal. tapi nak dijadikan cerita, tempat aku main futsal ni ada disediakan skrin besar. so,  tengah2 aku duk main futsal, tiba2 kuar psl lakonan semula ombak rindu ni dalam ABPBH. apa lagi, terus kita org sume stop main futsal. rupa2 nya, sume team aku ni "mat jiwang". haha. kelakar tul r. jadi, aku pun tumpang skali r tgk thriller tu sbb aku pernah tgk cite ombak rindu ni. Jadi tergendalalah game kitaorg selama 10 minit. abis je thriller ombak rindu tu, kawan2 aku sume saling berpandangan, then salah sorg kawan aku cakap "Apa daa.. sume muka brutal, tp bila tgk ombak rindu, sume layanzz. haha". pastu, sume tergelak. haha.. tp actually, cite ni mmg best pun. so, kat sini aku nak share dgn korg sume psl thriller ombak rindu ABPBH semalam dan yang mana xsempat menonton semalam, leh enjoy ek. selamat menonton. huhu..



p/s : Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, April 5, 2012

~ ProTon PreVe ala HoNda CiTy ~

Assalamualaikum.. hii blogger sekalian. anda adalah org yang paling bertuah kerana hari ni aku nak share dgn korg sume berkenaan baby baru proton yg dinamakan ProToN PreVe. Uuik namanya. tapi aku xtau la apa makna preve tu. hahaha.. anyway, kat sini aku nak share beberapa gambar menarik proton PreVe ni.. pada pandangan peribadi aku yang tidak seberapa ini, kereta ni amat menarik sebab reka bentuknya ala-ala HoNda CiTy dan semestinya bakal menjadi kegilaan para remaja kerana reka bentuknya yang berinovasi. untuk menjadikannya lebih "interesting", apa kata korg sendiri yang menilainya. take a look and don't be shy to leave a comment :)

 



p/s : belilah barang buatan Malaysia :)





~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, April 4, 2012

~ Papa, jangan merokok depan kami ~

Assalamualaikum.. Hari ni aku rasa nak share pasal merokok (maafla klu ada yg terasa) huhu. Aku bkn kauselor, bkn pakar motivasi dan bkn penceramah. Tp aku rasa menjadi tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi ni utk berkongsi berkenaan hal ini. Walaupun dah banyak kali keluar iklan kat TV, tp still ramai yg masih merokok. Bukan apa, merokok mmg merugikan dan mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Klu utk diri sndiri je, xpe.. tp yg lain pun kena gak tempias nya mcm kawan2, isteri, kanak-kanak dan yang paling malang skali bayi. Klu korg nak tau, seorang ibu yang hamil merokok menyebabkan janin di dalam kandungan hanya menerima 75% sahaja kandungan udara dan mengakibatkan perkembangan terbantut dan kebanyakan ibu-ibu yang merokok mempunyai bayi yang lebih kecil dari yg normal. Kesiankan bayi yang tak bersalah. So, dinasihatkan kurangkanlah merokok, dan seboleh-bolehnya berhentilah merokok. Klu anda tak fikirkan kesan pada diri sendiri, sekurang-kurangnya fikirlah untuk masa depan isteri, anak2 dan bayi anda. Apa kata daripada merokok, lebih baik buat perkara2 berikut. sharing is caring (^_^)

Mengapa anda rasa mahu
menghisap rokok?
Mengapa tidak anda...
Gementar
Bersantai
Susah menumpukan perhatian
Bertukar-tukar aktiviti
Sembelit
Makan buah-buahan
Merungut
Tarik nafas panjang
Letih
Dapatkan tidur yang cukup
Mulut kering
Minum air berais
Batuk
Mandi air pancuran hangat
Pening
Dapatkan udara segar
Susah tidur
Berendam di dalam air yang hangat
Tegang
Bersenam
Sedang menelefon
Menconteng-conteng atas sehelai kertas
Memandu
Menyanyi!
Lapar
Minum air
Bosan
Terus aktif
Tiada tenaga
Rehat
Murung
Baca buku atau majalah

p/s : Haram sekiranya benda yang dilakukan memudaratkan anugerah kesihatan yang dikurniakan oleh Allah swt :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Sunday, April 1, 2012

~ Ceramah Tarikh ~

Buat semua kawan-kawan yang baru dapat result SPM tu, kt sini aku nak share tarikh-tarikh penting untuk korg semua. Just for your earlier preparation. Manalah tau kot korang terlupa sebab duk hepi @ frust sebab baru ambik result. Bagi yang berjaya aku nak ucapkan tahniah, tapi jangan sampai terleka dibuai kejayaan hinggakan terlupa masa terus berjalan dan pelbagai lagi cabaran yang ada di masa hadapan. Dan bagi yang tidak berjaya, jangan sedih-sedih sebab perjalanan hidup harus diteruskan. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Banyak orang yang gagal dipermulaan tapi akhirnya menjadi perubah kehidupan dunia. Korang kenal tak BILL GATES? Dia merupakan CEO Microsoft dan merupakan salah seorang orang terkaya di dunia. Tapi tahukan korang semua yang Bill Gates pernah dibuang dari Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai budak pejabat. . Hummm.. pelik tapi itulah kenyataan. So teruskan berusaha kerana kejayaan di masa hadapan bermula dari tempat anda berdiri sekarang. Okai, dah abis aku melalut. haha. So, jangan terleka dengan tarikh-tarikh penting kat bawah ni. Nak bagi ingat lagi, wat je reminder terus kat handset korang. hahaha..



p/s : Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah belajar sesuatu :)


~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~