~ FrenZ ~

Tuesday, February 28, 2012

~ Apa itu kebahagiaan ~

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

 

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahawa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN...





~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, February 27, 2012

~ PeTa KeHiDuPaN ~



Kehidupan ini suatu anugerah dari Allah swt dan kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Kadang-kadang kita harus merenung sejenak keadaan bayi yang cukup sifat, tetapi di buang disana sini. Mereka langsung tidak diberi peluang untuk hidup bahkan dibuang pula sedangkan mereka tidak berdosa. Jadi, kita sebagai khalifah wajib menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah kerana kehidupan hanya datang sekali dan yang pasti, di alam sana kekal abadi. Mohonlah doa dari Allah kerana kita tidak boleh lemah dalam kehidupan ini. Ujian hanya dugaan untuk manusia dan Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan umatnya.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139-

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, February 20, 2012

~ Bertuahnya Wanita ~



1) Dia bekerja dengan Allah, jadi 'kilang 'manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah berikan kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka kepada-NYA.
~ Dipetik dari Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ~



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, February 15, 2012

~ Kenangan semasa di Sarawak @ Unimas ~

As salam semua. Hari ni tiba-tiba je rasa rindu dengan zaman blaja masa kat Sarawak dulu. Saya dulu blaja kat Unimas. Unimas ni merupakan salah satu IPTA di Sarawak selain dari Uitm cawangan Sarawak dan UPM Bintulu. Sebenarnya duk kat unimas ni quite best; Tak kira lah dari pelajar, lecturer, foreign student malahan org sarawak sendiri. apa lagi klu makanan sarawak mcm laksa sarawak dan kek lapis, bab kata sarawak "nang best lah". hahaha.. Skg, da hampir 5 tahun xberkunjung ke sarawak dan semesti dah byk yg berubah.. So, harus di buat plan ni utk ke sana lagi.. Jadi, apa lagi kawan2 yang ku yg ramai kat sarawak tu, sila-silakan lah diri anda untuk sponsor sy ke tempat anda ek. hahaha ;)

 Gambar ni semasa pertandingan futsal time konvo. sume gaya ntah apa2. hahaha ;)

  Inilah nasib kita org semasa fieldtrip. cam pendatang asing kan. hahaha


 Lawatan ke Taman Negara Bako yang best, thumb up ;)

Akhirnya tamat blaja. nasib baik abis gak blaja. hahaha

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Monday, February 13, 2012

~ Valentine Day, Jangan Diikuti ~

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk dunia bahkan di Malaysia juga. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik disko, kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil dan ada juga yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Untuk pengetahuan semua, inilah sebenarnya sejarah valentine day.

SEJARAH VALENTINE:

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertelingkahan dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, upacara keagamaan tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi perayaan bukan keagamaan. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai hari kasih sayang juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu kasih sayang itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus tersasar jauh pengertiannya. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa valentine day lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat

Sebagai seorang muslim tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)



~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Love your mom ~

Sayangilah ibu anda sebagaimana beliau menyayangi anda sejak dari kecil lagi. Jangan sekali-kali abaikan ibu anda kerana sekali dia pergi, selamanya tak akan kembali





~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Saturday, February 11, 2012

~ Kenapa doa tidak diterima Allah ~


Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.






~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Kahwin cara melayu atau cara Islam? ~

Apa yang bakal dikongsi adalah sebuah artikel yang saya dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Saya agak tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal. Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya seorang perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia. Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Cuba fikir mana lagi penting?

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Thursday, February 9, 2012

~ Saling menghargai, semoga diberkati ~



Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti. Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu?
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya.

Si suami : Emmm… Baiklah.
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni. Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur, si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur. Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing. Keesokan paginya, semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalama. 3 helai kertas semuanya. Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruk sikapnya selama ini terhadap isterinya. Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.
Si isteri : Abang, sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku. Bacalah.
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati, si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.
Si isteri berdebar-debar menunggu si suami mengeluarkan kertas-kertasnya.

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang, tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG. Si isteri tidak terkata apa-apa. Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di sisi suaminya, memohon keampunan.

P/S : Terimalah pasangan anda seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan kta semua saling melengkapi antara satu sama lain (^_^)

~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

~ Kenangan semasa belajar di Perak ~

Gambar ni semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Sungkai, Perak antara 2002-2003. Kolej Matrikulasi ni terletak di kawasan peranginan Trolak Country Resort kat area sungkai, jd tempat ni boleh tahan cantik gak. Kat sana memang best dan majoriti pelajar terdiri dari negeri Kelantan dan Perak. Kalau nak kuar outing, kito org ada jalan shortcut, tp kena redah lalang r (untuk siapa yg berani je) hehe.. Korg nak tau x, klu dari asrama nak ke makmal sains, kami semua kena berjalan lebih kurang 2km baru sampai ke makmal. haha.. smggu ada 4 kali.. jd, korg bayangkanlah betapa fitnya kami semua. hahaha. apa2 pun, korg semua mmg best. wish to meet all of u next tyme ;)






~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~

Wednesday, February 8, 2012

~ Jom meneka kuih ;) ~

Kalau saudara / saudari orang yang bijak pandai, cuba teka apakah nama kuih-kuih di bawah ni. Gud Luck (^_^) 

 Gambar 1

Gambar 2 

 Gambar 3

 Gambar 4

 Gambar 5

 Gambar 6








~ TQ SuDi BaCa eNTry Ni ~